Sunday, August 28, 2011

ITU CLUB SAYA ^_^



MORNING
^_^




disebabkan 
banyak sangat perkara
yang perlu diselesaikan
maka
kepenatan
dan 
kemengantukan
melanda diri ini

niat nk tgk match
MU VS ARSENAL
tapi
katil lebih memahami diriku ini..
hahah..
then bangun2 je
terus nak taw berapa score
pusing sana
pusing sini...

then dapat2 taw...
8-2
8-2
8-2
8-2
8-2
8-2
8-2
????

perghhh...
8-2
kot....

cayalah dorang ni
macam biasa mesti 
main teka-teka 
score
untuk match yang berlangsung kan..
so
aku score
3-2
si OG
score
2-1

last2
dua2 SALAH
HAHAHAH,....

sebarang info leh rujuk di link ini



Saturday, August 27, 2011

SANGAT TERHARU PART II

TERHARU-TERHARU SANGAT
SAMPAI LUPA 
NAK UPLOAD 
POSKAD YANG TELAH DIHANTAR OLEH




memang style lah..
hihih...
^_^

nway...thanks to 
atas kesudian beliau
menghantar kad raya 
pada 
saya
^_^
hiihih



Thursday, August 25, 2011

AKU ANAK PERANTAU

ASSALAMUALAIKUM

TUJU LAGU UNTUK SAPA-SAPA YANG NAK BALIK KAMPUNG

tanggal 25 hb OGOS 2011
bersamaan hari KHAMIS
tarikh sah tu menjadi tarikh
yang telah dipersetujui
oleh PIHAK PENTADBIR
kepada pelajar
untuk pulang ke kampung halaman..
(suspen je ni..hiihi)

lagu atas tu tiap2 kali nk balik kampung je sure2 nyanyi2 
dalam bas..
hihihih...
bukan nk raya je
cuti biasa pun nk nyanyi lagu tu..
sebab bait lagu tu
amat amat
memberi semangat yang sanggggat 
GEMBIRA 
untuk PULANG ke KAMPUNG
^_^

pukul 1.45 pm sampai di stesen bas TANAHMERA BANDAR BARU DARULAMAN JITRA, KEDAH. ucapan RIBUANNNNNN TERIMA KASIH kepada CIK FAFA a.k.a mrs gorr kerana telah menghantar ke stesen bas... ^_^
HANYA ILUSTRASI SEMATA-MATA

memandangkan cuaca mendung dan hujan rintik-rintik, maka segala pergerakan kena cepat, sebab x nak baju basah... 

2.00 pm bas TRans pun sampai....cepat2 aku angkat segala bagai barang ni.. satu kotak yang padat, satu beg panjang yang padat dan satu beg biasa... ditambah beg lappy lagi...kira aku ni dah macam bangla yang meniaga dah ni..macam2 digendungnya...
time nk letak barang dalam bonet bas..tiba2 POKK sekali bunyi dan sekali sakit...then ada lagi bunyi POKKK...arghhh....dua kali bunyi yang menunjukkan aku terhantuk kat pintu bonet bas tu...terus pandang sekeliling...semua mata macam tertumpu je kat aku... rasa2 nak berlakon pengsan, konon2 macam memang tak berapa sihat lah, thats why lah terhantuk  hantuk...tapi bila pikir2 balik...urmmm...malaih lah...terus wat macho dan naik bas... <malu yang TERAMAT sangat ini>>>>>>> hihihih~~~
next~
naik bas....aiyoyoyoyo...
bas ni style giler la...ada seat macam dalam cinema tu..bertingkat-tingkat.. hihihi....
then memandangkan seat depan tu kosong, aku pun transfer duduk seat depan..
dalam bas tu ada lah 2 aweks ni...comel memang comel...yg tak bestnyer bersembang sakan sampai satu bas dengaq...aduyai,,,hampa dua ni,kami naik bas bukan nk dengaq hampa nyembang...gelak sana gelak sini...aduyai...memang jemm lah dorang tu.... 
then
pukul 7.15 pm kami sampai di satu RnR
tapi uncle tu tak berenti kat tempat makan2 tapi just isi minyak then suruh beli apa2 kat dalam kedai stesyen minyak tu..
so aku beli je air memandangkan tak taw nk makan apa dah..
selesai kami pun berlepas untuk menuju ke KUALA LUMPUR...
BERBUKA pun dalam bas..kira memang ni ciri-ciri PERANTAU lah ni..hahaha... style lah!!!



tiba2.. krekkk krekkkk...
tettt tettt tetttt...
eh....bas tiba2 gelap dan mujur bas sudah berada di tepi jalan..
ingatkan apa
tapi rupa2nya bas down...perghhh...kira ni  BAS ROSAK LAH??? APA??? bas rosok???? BAS ROSAKKK???? perghh...memang macam dalam filem2 drama ni..hahaa....
tak pe lah, mujur uncle tu hebat lah jugak, adjust2 fius then lampu bas pun berjaya terbuka..
tak lah gelap gelita dalam bas tu..
bas bergegar2 bila lori atau bas lain BERSELISIH melalui jalan tu...
tiba2 perut plak wat perangai...alamak minum BLISS je,,,sure2 akan ke toilet ni..OWHH NOOOOO...
then terpaksa lah tahan tahan tahannnnnnnn SEDAYA UPAYA ni...huhuhu... 
MEMANG MENCABAR SANGAT INI!!!

tunggu punya tunggu..pomen tak mai mai lagi..
then apa lagi...bas bas yang mempunyai PEMANDU yang AMAT BERHATI BAIK....berhentikan bas untuk membantu kami para penumpang untuk menumpang bas mereka agar sampai ke HENTIAN DUTA....
rasa terharu lah sebab ADA JUGAK ORANG YANG SIMPATI NI...
then, terpaksa angkut sgala bagai barang untuk dipindahkan ke bas lain...tangan ni agak sakit sebab berat oooo~~~ 

sampai DUTA pada 10.30 pm...
tunggu abah dan nk balik umah menggambil masa 1 jam..
memandangkan kat DATUK KERAMAT jemm giler...hahah... RAYA LAH KATAKAN....
alhamdullilah sampai jugak pada 11.30 pm..
penat dan rasa letih..perut kosong kepala pening..
sampai2 je mama gtaw yang mama buat LAKSA...
APA??? LAKSA!!!!
slurppp...terus mandi dan makan..makan..makan....
ALHAMDULLILAH..
nyaman sungguh KUALA LUMPUR ni...
SELESA BERADA DI RUMAH SENDIRI..
hihih~~~

MORAL OF THE STORY ^_^
1 = time nk angkut barang masuk dalam bonet bas tu kena usha2 sikit pintu bonet tu..lagi2 kalau yang orang yang tinggi..sebab risiko TERHANTUK tu sangat BESAR...
2 = STAND BY makanan dalam bas kalau2 bas rosak ke boleh ngap ngap dalam bas sementara menanti MR POMEN
3 = pastikan anda telah selamat MEMBERSIHKAN PERUT agar tiada peristiwa peluh menitik-nitik di dahi memandangkan menahan kesakitan perut untuk ehem ehem..
4 = untuk UNCLE UNCLE BAS...anda akan didoakan oleh kami PENUMPANG BAS kerana anda SANGAT SANGAT baik hati kerana SUDI menumpangkan kami....
5 = walau anda comel / macho sekalipun...sah sah duduk dalam bas...x PAYAH lah nk SEMBANG ke NAK GELAK ke KUAT KUAT...sebab ini sgt2 sgt 2 sgt2 MENGGANGGU KETENTERAMAN AWAM okeyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy



AIR MATA SYAWAL
memang sedih lagu ni..

sekian~~~

tinggalkan COMMENT anda ye..
saya sangat sangat menghargai comment yang
anda
BERIKAN ^_^


Wednesday, August 24, 2011

SANGAT TERHARU


untuk melihat poskad yang diterima klik sini :

ALHAMDULLILAH...
sahabat saya yang berada jauh di luar negara
telah menghantar 
poskad raya 
melalui
encik posmen alam maya
yang hensem dan gagah perkasa...

ini adalah poskad balas untuk 





Tuesday, August 23, 2011

SELAMAT HARI RAYA - AMBILAN JAN 2008

KEPADA KAWAN-KAWAN

AMBILAN JANUARI 2008

~~~selamat hari raya & ampun maaf~~~
yang bawak kenderaan sendiri tu...bawak baik-baik..
yang naik bas tu..baca doa banyak-banyak...
yang naik flight tu..terbang baik-baik...

semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing...

81 kita datang....81 kita grad...
 ^_^ ~insyaAllah.....




cintai aku dengan sejujurnya


KALAU SAPA-SAPA BACA TAJUK KAT ATAS TU MESTI KORANG DAH DAPAT APA YANG INGIN DISAMPAIKAN KAN?

al-kisah, manusia diciptakan secara berpasangan..
mungkin ada yang dah jumpa tulung rusuknya 
dan mungkin ada yang masih tercari-cari tulang rusuknya...
cinta, cinta... 
CINTA..C..I..N..T..A..

mula-mula mesra je..
susah senang sama-sama
makan kenyang
tidur lena
mandi basah...`
sehari..sebulan..setahun..bertahun-tahun~~~~~

lama-lama
bila boring
buat hal..
salah sikit je terus jadik isu besar..
PHONE tak dijawab
MESSAGE tak direply
macam nak gila je tunggu...
bila ada peluang untuk berkomunikasi ada je salah yang diungkit-ungkit...
apa punya kes la ni??
pelik aku tengaok orang yang macam ni..
tak boleh ke terus terang..
"SAYA DAH ADA ORANG LAIN, SELAMAT TINGGAL AWAK..."
kan senang,ini tak..
masih lagi nak bermain tarik tali...
at least JUJUR je terus..
taklah buat orang ternanti-nanti....
so kepada yang sedang membina MASJID...
TAHNIAH kepada anda...
jagalah perasaan masing-masing..
jangan timbulkan sensitiviti yang boleh mencetuskan kontroversi...
HIDUP ini sekali je..
ingat tu...
kalau ada apa--apa masalah,BINCANGLAH baik-baik...
JANGAN buat keputusan yang cuma MENANG sebelah pihak je..
kalau boleh buat WIN WIN SITUATION...
ADIL n TULUS lagi tu...

ingatlah...bukan senang nak jatuh CINTA...
bukan senang untuk MEMBENCI...
bukan senang nak MARAH bila SAYANG~~~

life must go on~~~~




PEACE~~~



LELAKI DAN PEREMPUAN

KECANTIKAN LELAKI



1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran


3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun


4) Lelaki yang tenang dan lapang dada


5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah 
kecantikan yang sempurna seorang lelaki..


KEGAGAHAN WANITA

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan


barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." 

credit to = KLIK DI SINI

SIAPA PUN KITA
SAMADA LELAKI ATAU PEREMPUAN 
MASING-MASING PUNYA
KELEMAHAN
&
KELEBIHAN
SIAPA ANDA UNTUK
MENGUKUR SEJAUH MANA
TAHAP KESABARAN SESEORANG???

SALING HORMAT MENGHORMATI
DAN
SALING PERCAYA BAHAWA
KITA SEMUA PUNYA
HATI
&
PERASAAN


Monday, August 22, 2011

KELAB JUTAWAN




KELAB JUTAWAN???
APA TU?
HEBAT KE???

JIKA INGINKAN SEGALA MAKLUMAT LANJUT 
BOLEH RUJUK KEPADA SAYA YE...
SEDIA MEMBANTU
SEDIA BERKONGSI

KEJAYAAN ITU MILIK KITA 
JIKA
KITA MEMANG BERSUNGGUH-SUNGGUH MENGEJARNYA...


~BERANI BERUBAH~

SAYA TAHU ITU SEMUA KESALAHAN SAYA

ASSALAMUALAIKUM,,,

hanya doa yang akan saya kirimkan buat awak...
SEMOGA BERJAYA~~~




PART TIME MENGHASILKAN PROFILE PIC RAYA~~~

ASSALAMUALAIKUM...
selamat petang semua..

lepak-lepak kat page BLOGGER AREA(Ini tempat K.I.T.A semua yang punya) ni macam-macam yang boleh diboraknya...habis semua jadi kawan...even baru kenal pun..hihhi...oklah..yang best tu memang SUPERB...so bila online ni bukan saja-saja je nak borak-borak kosong..kami share-share idea n kadang-kadang share-share masalah..~~~~

so hari ini ramai plak pemintaan nk ditunaikan..bermula ngan ASYRAF ASNAWI yang pada mulanya tak pernah dapat kad raya...hihih..then saja nk tunaikan impian dia untuk beraya dengan lebih bermakna pada hari ini...sedang-sedang upload pic raya untuk dia ada lagi permintaan daripada SUHAILI OTHMAN dan diikuti sis DATIN IRMA MIA... hihi...hanya tiga je yang leh dibuat pada masa ini...yang lain akan difollow up pada masa lain lah ye<sorry sgt2...>>>...hihi~~~

harap mereka berpuas hati lah ^_^ 




Saturday, August 20, 2011

LUAHAN HATI SEORANG PEREMPUAN KEPADA BAKAL SUAMINYA~~

ASSALAMUALAIKUM..

ALHAMDULLILAH...akhirnya setelah lafaz akad nikah yang abang alunkan, sayang sah menjadi milik abang dunia akhirat, <inilah yang sayang selalu IMPIKAN>> menjadi milik sah kepada seorang lelaki yang DICINTAI dimana secara zahir dan batin setiap perilaku dan apa yang kita buat telah menjadi HALAL disisi ALLAH s.w.t. muka abang serius sangat tadi, siap ada peluh2 lagi tu... lepas je TOK IMAM, dan WALI menyebut SAH SAH SAH...berlinang air mata sayang mengalir ni... abang taw x, sayang sentiasa mendoakan agar kita berdua dipermudahkan segala urusan sehingga perjuangan yang terakhir.. dan hari ini adalah langkah pertama untuk kita berdua memperjuangkan segala IMPIAN dan CITA-CITA kita~~~



Abang, sayang sangat hargai semangat dan impian abang untuk menunaikan MAJLIS PERNIKAHAN dan PERSANDINGAN yang selama ini sayang idamkan, segala kemahuan semua abang turuti. Ini yang membuatkan sayang bertambah sayang kat abang..

Alhamdullilah, didikan mama dan abah akan sayang jadikan segala panduan untuk kita melayari kehidupan kelak.. dan abang jangan pernah jemu dan mengeluh untuk membimbing sayang ke jalan yang diredhai oleh Nya.... abang ingat tak sayang pernah tanya macam-macam soalan kat abang?

-abang suka makan kat kedai mana?
-abang suka makan apa?
-abang kalau free selalu buat apa?
-abang itu abang ini....
semua sayang nak taw~~~
sebab apa?
sebab sayang nak 
MEMAHAMI dan MENYELAMI
STYLE LIFE ABANG...


kat kedai MAK LONG tu, abang suka sangat makan asam pedas dia...sayang perlahan-lahan belajar masak asam pedas...mujur saya boleh menuntut ilmu masak-masak daripada mama. lagi2 masakan mama memang MARVELOUS. tengoklah abah sayang, hari2 nak mama masakkan untuk dia..kalau makan kat kedai pun bila balik je mesti nak mama masak cucur ke goreng pisang ke sebab kalau sehari tak makan masakan mama boleh demam abah tu~~~~... tak sabar plak sayang nk masakkan untuk abang,, hihih... agak2 pas ni kalau abang pencen leh kita bukak kedai makan plak ye.. ^_^ mama pesan AIR TANGAN MASAKAN ISTERI adalah cara yang terbaik untuk menambat hati suami..hihi~~~ so, segala ilmu masak-masak ni sayang harap dah ada dihujung jari sayang je, abang leh request nk makan pe, INSYAALLAH,,,sayang akan tunaikan... lagi best kita leh jimatkan perbelanjaan dapur kan?? dah lah kenduri kita hari tu guna banyak duit, so now kita leh menabung untuk future life kita pulak~~

abang, kalau boleh kita selalulah solat berjemaah ye.. tak dapat zohor ngan asar pun tak pelah..kita subuh, maghrib dan isya sama-sama...at least sayang akan dapat merasai jiwa kepimpinan abang tu... Abang, melalui sabda Rasulullah SAW, " Siapa solat berjemaah 40 hari berturut2 iaitu takbiratul ihram bersama imam, Allah menuliskan utknya 2 kebebasan. Bebas dari kemunafikan dan bebas dari Neraka." ini yang sayang cari selama ini.. sayang memerlukan imam dan abang adalah imam sayang di rumah... kalau kita tak sibuk boleh lah kita pergi masjid AL HUDA untuk menunaikan solat bersama jiran-jiran kita... moga-moga anak-anak yang akan dilahirkan kita boleh  didik mereka melalui kepimpinan yang abang semaikan ni..biar mereka dapat mengenal solat itu daripada didikan kita terlebih dahulu...




EPL ke PIALA MALAYSIA ke PIALA THOMAS ke apa-apa je lah, sayang okeh punya...kalau abang nk tgk ngan kawan2 pun tak pe..sebab sayang leh siapkan art sayang ni tima abang tak de kat rumah... tak pun kalau nk tgk ngan sayang pun, sayang leh temankan... hihih ^_^ yang penting kelab sapa yang menang kena belanja duit minyak selama seminggu,,hihihihi <deal yang sgt sgt menguntungkan>>> macam tahun lepas, seminggu sayang leh jimatkan duit minyak kereta sebab kelab sayang menang..hihi...tgklah sebab barisan pemain yang turun hari tu memang kawan-kawan sayang masa kat sekolah dulu <hihih, perasan je sayang ni~~ =P >



weekend2 kita leh jogging sama2...hihi,,nak berenang sayang tak pandailah...tapi kalau nak belajar berenang jugak abang ajar kan sayang ye...urm...kan abang ada macam2 kursus n sijil tentang air air ni....sayang mana ada...so kalau pe2 abang leh jadik pelampung sayang..kikikiki......



sayang tak sempurna tapi sayang mampu belajar untuk menjadi yang tebaik buat abang...sebab abang sekarang dah menggantikan tempat abah...abang bertanggungjawab dekat sayang sepenuhnya dan kalau langkah sayang salah ini bermakna sayang dah tempah neraka untuk abang, tak sanggup sayang untuk tersilap langkah dalam melayari kehidupan bersama abang... semoga kita berdua mampu menjalani hari-hari yang mendatang dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan....

salam sayang buat abang~~~~




terima kasih abang~~~

_______________________________________________________________________

perghh...
jiwang plak aku petang-petang ini..
ini disebabkan aku sedang menyiapkan tugasan assignment ni..
tibe2 terbaca blog seorang sahabatku ini..
firstly nk tujukan SEJUTA PENGHARGAAN buat sahabat saya  EL FARREN melui ENTRY yang bertajuk 

Luahan Hati Seorang Lelaki Kepada Bakal Isterinya...







AKU BUDAK HALUS~~~



untuk seketika sgt2 busy skit
wish all the best untuk siapkan 
PROJEK ni
setinggi PENGHARGAAN buat
CIK FARAH BT MASRUR
atas bimbingan dan panduan 
yang diberikan
hihi~~~

psttt...ni x siap lagi...
just wait n see~~
^_^

Monday, August 15, 2011

FOR THE REST OF MY LIFE

Di pagi yang hening ni tetiba aku rasa syahdu je....ntah lah...
mungkin sebab ada beberapa kejadian yang berlaku
di sini
AKU MELIHAT BETAPA
BESARNYA UJIAN YANG AKU TERIMA
BETAPA SAYANGNYA ALLAH KEPADA DIRIKU
kerana
segala yang berlaku
telah mematangkan
dan sekaligus
aku memahamai
ERTI KEHIDUPAN

hanya yang MENGALAMI
akan MERASAI...

BESABARLAH WAHAI HATI
kerana kita adalah satu
bersama kita berganding bahu
menempuh KEHIDUPAN yang FANA
warnai kehidupan dengan calitan EMOSI
hiasi sekeliling dengan ZIKIR dan DOA
MUNAJAT PADA YANG ESA
BERSELAWAT PADA RASUL
MENGHORMATI SESAMA MANUSIA
MENYANYANGI SEGALA KEHIDUPAN
sinari HIDUP dengan KETAKWAAN
kelak kamu pasti
BAHAGIA

SYUKUR YA ALLAH 
di atas segala 
UJIAN...



For the Rest of My Life Lyrics
I praise Allah for sending me you my love

You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life

I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life

I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here

Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life

I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Artist: Maher Zain
Album: Thank You AllahCopyright: Awakening Records 2009


Aku memuji Allah untuk menghantar kau cintaku 
Anda mencari saya rumah dan belayar dengan saya 
Dan aku di sini bersama anda 
Sekarang biarkan aku memberitahu anda 
Anda telah membuka hati saya 
Saya selalu berfikir cinta itu salah 
Tapi semuanya berubah ketika anda datang 
OOOOO 
Dan ada beberapa kata yang ingin saya katakan 
Selama sisa hidup saya 
Aku akan menyertai anda 
Saya akan tinggal di sisi anda jujur dan benar 
Hingga akhir waktu saya 
Aku akan mencintai anda. mencintaimu 
Selama sisa hidup saya 
Melalui hari dan malam 
Aku akan bersyukur kepada Allah untuk membuka mata saya 
Sekarang dan selamanya Aku aku akan berada di sana untuk anda 
Aku tahu bahawa jauh dalam hatiku 
Aku merasa sangat diberkati ketika aku teringat padamu 
Dan saya meminta Allah untuk memberkati semua yang kita lakukan 
Anda adalah isteri saya dan teman saya dan kekuatan saya 
Dan aku berdoa kita `kembali bersama-sama abadi 
Sekarang saya menemukan diri saya begitu kuat 
Semuanya berubah ketika anda datang 
OOOO 
Dan theres beberapa kata yang ingin saya katakan 
Selama sisa hidup saya 
Aku akan menyertai anda 
Saya akan tinggal di sisi anda jujur dan benar 
Hingga akhir waktu saya 
Aku akan mencintai anda. mencintaimu 
Selama sisa hidup saya 
Melalui hari dan malam 
Aku akan bersyukur kepada Allah untuk membuka mata saya 
Sekarang dan selamanya Aku akan berada di sana untuk anda 
Aku tahu bahawa jauh di dalam hati saya sekarang bahawa anda `kembali di sini 
Infront aku sangat merasakan cinta 
Dan aku tidak ragu 
Dan aku menyanyi keras bahawa aku akan mencintaimu selamanya 
Selama sisa hidup saya 
Aku akan menyertai anda 
Saya akan tinggal di sisi anda jujur dan benar 
Hingga akhir waktu saya 
Aku akan mencintai anda.mencintaimu 
Selama sisa hidup saya 
Melalui hari dan malam 
Aku akan bersyukur kepada Allah untuk membuka mata saya 
Sekarang dan selamanya Aku aku akan berada di sana untuk anda 
Aku tahu bahawa jauh dalam hatiku


Maher Zain - Insha Allah | Insya Allah |


Saturday, August 13, 2011

DEMAM EPL BERMULA…..






Kepada awek-awek kaki bola, anda kena taw amaran ni ditujukan buat anda…hahaha… 

MENGAPAKAH??? Hal ini adalah kerana DEMAM EPL akan mula menyebarkan VIRUSNYA bermula pada hari ini…justeru itu duty buah hati anda akan sedikit terjejas ekoran demam yang melanda DUNIA ini..


Ini serba sedikit JADUAL PERLAWANAN UNTUK MUSIM INI




so, kalau dapat girl kaki bola macam saya ni kira settle lah..
leh adjust score masing-masing
leh fight untuk kelab masing-masing
hahahaha

so 
MARILAH KITA SAMA-SAMA
MEMERIAHKAN EPL 2011
DENGAN PENUH JAYANYA

moral of the STORY = cari buah hati kaki bola, sebab leh fight kelab masing-masing...hahahaha ^_^

MAI PILIH MAI PILIH 



APABILA AMSYAR TELAH MENJADI DEWASA

Hai dan selamat pagi semua

Maaf lah semalam x post pun entry untuk pembacaan semua…banyak sangat idea yang ingin dikongsikan bersama rakan-rakan,InsyaAllah saya akan kupas satu persatu. Dan saya yakin dengan izin-Nya saya mampu melaksanakan janji saya untuk mengupas setiap satu persatu entry yang bermain dalam sarang idea saya ni..

ni adalah saiz padang RAGBY


         Hari ini, di pagi ini saya ingin mengambil kesempatan untuk menulis sebuah kisah mengenai seorang sahabat saya… SAHABAT okey, TIDAK LEBIH DARI ITU..hal ini adalah kerana saya melihat sesuatu yang unik tentang beliau. Di mana beliau yang dikenali sebagai AMSYAR (bukan nama sebenar,ingat ye bukan nama sebenar) akhirnya telah menjadi dewasa.

Hahaha…habislah kau amsyar,kalau kau baca entry ni mesti kau tertanya-tanya,,adakah selama ini kau belum dewasa di mata ku??? Owh,,,selama kita berkawan aku memang follow up diri kau sebenarnya. Bukan sebab aku nk tackle kau tapi sebab aku nampak sesuatu yang UNIK tentang dirimu… apa yang unik? Yang unik nya ialah kau memang RAPAT dengan kedua ibu bapa kau… ini adalah antara ciri-ciri lelaki yang paling baik. Di mana hubungan dengan ibu dan bapa berada dalam keadaan yang baik. Sentiasa mengambil berat tentang ibu dan bapa serta menyanyangi kedua ibu bapa. Tu POINT aku bagi kat ko..so, memang beruntung bakal ISTERI ko sebab apa? Sebab pada dasarnya IBU BAPA kau didik kau dengan baik dan penuh rasa kasih sayang. maka secara tidak langsung kau dah taw macam mana nak tadbir family kau sendiri kelak.


Ok2,next point ialah kau ni boleh dikatakan lelaki yang ringan tulang….bukan aku maksudkan kau kurus atau kau slim,<jangan perasan ye AMSYAR oiiii> ni sebab kau rajin membantu kawan-kawan kau….LELAKI DAN SEMANGAT KEKAWANAN….ini sangat lumrah..banyak CONTOH yang aku leh nampak, bukan saja kau tolong kawan kau tapi lect pun kau tolong jugak…ahahahahaha….


Then aku tgk kau ni ada kemajuan sikit dalam kes menghadiri kelas untuk kuliah ni..hahaha…. walaupun mata tu merah-merah tapi tetap datang jugak walau lambat…ok lah tu, at least duit elaun tu ada harganya..hahaha~~~~

Weh, kau taw tak??aku doakan kau bertemu jodoh yang baik-baik..sebab aku taw kau lelaki yang baik<daripada pandangan aku je,kalau salah pandangan aku ni aku mintak maaf k,,hikhikhik>,hahahah…so kalau lelaki yang baik mesti ramai GIRL yang mahu kan…yelah, FAMILY BACKGROUND kau ni bagus2,maka aku rasa kau pun adalah insan yang bagus juga…

So, now bagi aku kau dah jadik DEWASA…dah matang dalam TINDAKAN…dan aku doakan kau BERJAYA DALAM KAJIAN TINDAKAN KAU K…
Kalau baca entry ni, jangan tersipu-sipu malu plak…ni aku IKHLAS tulis untuk kau sorang je…ahahahahaha….sorry lambat beb,banyak sangat kerja nk kena follow ni…

AMSYAR SEMAKIN DEWASA

^_^ moral of the story =NAK CARIK ORANG YANG BEST KITA TENGOK DULU HUBUNGAN DIA NGAN FAMILY DIA MACAM MANA…. ^_^


Thursday, August 11, 2011

PERCAYA PADA KU


Lirik Lagu Ungu Percaya Padaku - Lyrics

aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu
reff:
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)
agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

--------------------------------------------------------------------------

cuba dengar lagu ini
APA KORANG RASA??
sebak x?
aku rasa sebak denga lagu ni..

sebab...rasa TOUCHING sangat
well..
bila dga lagu aku suka hayati lirik dia..
setiap bait yang ada memberi 1001 erti pada aku..
cuma PERCAYA atau TIDAK
AIR MATA BOLEH MENGALIR
KALAU LAGU NI ADA KAITAN DENGAN KITA....

jom kita selongkar
apa yang ada dalam lagu ni..

first time JUMPA rasa macam ada CHEMISTRY antara satu sama lain. sebab first time jumpa leh rasa mcam dah lama kenal.. sembang sembang punya sembang tiba2 jatuh cinta...so bercinta lah..tiap kali JUMPA rasa macam KEJAP JE walaupun dah berapa jam hang out sama-sama. so kira ni memang FALL IN LOVE lah ni...
dalam hati ni rasa HAPPY je...time BERTENTANG MATA... 
so SETAHUN DUA TAHUN
couple
SO DALAM HATI INI MEMANG IKHLAS LAH... NAK JAGA BUAH HATI DENGAN SEPENUH TANGGUNGAJWAB. JAGA PUNYA JAGA PUNYA JAGA, si kekasih hati ini nak FLY jauh... nk sambung study lah agaknya.... so BETAPA FRUST lah mamat ni.. yelah mana taknyer BUAH HATI nk pergi jauh kot..selama ni leh makan sama2 leh main bowling sama2, tbe2 that girl nk sambung STUDY...nk nikah DUIT  xada lagi, UMUR plak masaih MUDA, so hanya DOA dan HARAPAN je yang mamat ni tujukan buat si GADIS ni...
antara pesanan mamat ni ialah : 
 - KU BERIKAN CINTAKU DAN SAYANGKU
 - PERCAYA PADAKU KU AKAN MENJAGAMU HINGGA AKHIR WAKTU KU AKAN DIJEMPUT OLEH ILLAHI

mamat ni AKAN MENANTI SEHINGGA that GIRL selesaikan PERJUANGAN ...
fuhhh....sedey oooo....
ni baru couple, kalau yang dah JADIK SUAMI ISTERI tu??
mcm ne yang duduk jauh kan...
URM...

yang penting di sini ialah,,,,
bila kita MENJALINKAN HUBUNGAN, yang penting IKHLAS kan hati, sedar akan MATLAMAT HUBUNGAN yang dibina itu atas dasar apa...
kalau kita x leh nk TERUSKAN RELATION tu, TERUS TERANG LAH...jangan berselingkuh..ini akan MENYAKITKAN HATI INSAN YANG MENYANYANGI DIRI ANDA,,,,
ingat lah HARI INI KITA KECEWAKAN HATI SEORANG YANG MENCINTAI KITA, KITA TAK TAW APA YANG DIA "RASA",SEBAB KITA TAK "RASA",INSYAALLAH,,,JIKA SATU HARI ANDA AKAN MERASA PERKARA YANG SAMA....
---------------------barulah anda SEDAR BETAPA SAKITNYA APABILA DIKHIANATI INSAN YANG TESAYANG~~~~~
HIDUP NI SEKALI DAN BELAJARLAH HARGAI SETIAP DETIK...


!!!!PERCAYA PADAKU!!!

KENALI DIRI DAN KENALI PASANGAN ANDA~~~

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...

hidup ini berpasangan bukan. ada lelaki ada perempuan. ada yang kecil ada yang besar. ada yang cool ada yang baran. ada yang bijak ada yang slow. semua ada pasangan. 
cuba kita lihat diri kita... 
ada beberapa FAKTOR menentukan SIAPA kita PADA HARI INI....

antaranya faktor yang paling besar ialah kerana BULAN KELAHIRAN KITA, selain faktor genatik atau faktor persekitaran. so sebelum kita nk check orang lain punya PAEL (PERANGAI) mari kita selongkar diri kita dulu. then kita tgk plak partner kita macam ne PAEL dia...

R U READY???

LETS~~~



Rahsia Bulan Kelahiran 

Mengikut Kajian 25 Tahun 

Dr Fadhilah 





JANUARI




bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan

 diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cukup cemburu yg sangat tinggi 




FEBRUARI 



berfikiran abstrak, sukakan benda yang reality dan abstrak inteligent, bijak dan genius, berpesonality yg mudah berubah, mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yg lasak, emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya, tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi 




MAC 



berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati, sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody. 




APRIL 



sgt aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, try control the emotion, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada, sgt cemburu dan terlalu cemburu 




MEI 



kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam, cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri)suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu, bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yg tinggipermikiran yg tajam, pandai berdebat, fizikal yg baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera,seni & muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk dirumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros 




JUN 



berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap, perangaiidea @moodidea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah &cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih & cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalahkawan saya. 




JULAI 



Sangat seronok didamping, Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkanMudah dipujuk dan bercakap lurusSangat menjaga hati orang lainSangat peramahEmosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinyaBerjiwa sentimental jarang berdendam mudah memaafkan tapi sukar melupakan tidak suka benda remeh-temeh membimbing cara fizikal dan mental sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang layanan yg serupa dgn semua orang tinggi daya simpati pemerhatian yg tajamsuka menilai org lain dgn pemerhatian mudah dan rajin belajar suka muhasabah diri suka megenangkan peristiwa atau kawan lamasuka mendiamkan dirisuka duduk dirumahsuka tunggu kawan tapi tak cari kawantak agresif kecuali terpaksa lemah dari segi kesihatan perutmudah gemuk kawal tak kawal dietminta disayangimudah terluka hati tapi lambat pulihterlalu mengambil beratrajin dalam membuat kerja 




OGOS





suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut. orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa. cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan. sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin. sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat. sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik ,pengasih,penyayang suka mencari kawan 




SEPTEMBER 



sangat bersopan santun & bertolak ansursangat cermat,teliti & teratursuka menegur kesilapan org lain & mengkritik pendiam tapi panda bercakapsikap sangat cool sangat baik & mudah simpati sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujurkerja yg dilakukansangat sempurnasangat sensitif ygtidak diketahuiorg yg banyak berfikir daya pentaakulan yg baikotak bijak & mudah belajarsuka mencari maklumat kawal diri dari terlalu mengkritikpandai mendorong diri sendirimudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsiasuka sukan,hiburan & melancongkurang menunjukan perasaannyaterluka hatinya sangat lama disimpan terlalu memilih pasangansukakan benda yg luasbersistematik 




OKTOBER 



suka sembang suka org yg sayang padanyasuka ambil jln tengahsangat menawan & sopan santun kecantikan luar & dalamtidak pandai berbohong & berpura-puramudah rasa simpati,baik pentingkan kawansentiasa berkawanhatinya mudah terusik tetapimerajuknya tak lamacepat marahmacam pentingkan diri sendiritidak menolong org kecuali dimintasuka melihatdari perspektifnya sendiritidak sukaterima pandangan orglainemosi yg mudah terusiksuka berangan & pandaibercakapemosi yg kelam kabutdaya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)suka melancong,bidang sastera & senipengasih ,penyayang & lemah lembut romantik dlm percintaanmudah terusik hati & cemburuambil berat tentang org lainsuka kegiatan luarorg yg adilboros & mudah dipengaruhi persekitaranmudah patah semangat 




NOVEMBER 



banyak idea dalam perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus dan tinggi, bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personality dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya, taksuka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari org lain, otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi, dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah 




DISEMBER 



Sangat setia dan pemurahBersifat patriotikSangat aktif dalam permainan dan pergaulanSikap kurang sabar dan tergesa-gesaBercita-cita tinggiSuka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasiSeronok didampingiSuka bercampur dgn org Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelaiSangat jujur amanah dan bertolak ansurTidak pandai berpura-puraCepat marahPerangai yg berubah-ubahTidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggiBenci pada kongkonganSuka berlawakPandai buat lawak dan berfikiran dgn logik



!!JANGAN LUPA UCAPKAN SELAMAT HARI JADI KEPADA RAKAN ANDA!!