Tuesday, May 3, 2011

Baik Baik Sayang

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Reff:
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku
**********************************************

rasa-rasa lagu ni semua orang suka kan~~~
best lirik dia..
ada makna dalam setiap perkataan yang digunakan tu...

mari kita tgk setiap rangkap...

first
"Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang"
~dalam rangkap ni ternyata kita sygkan org tu sampai kita taknak dia bersedih tentang sesuatu yang mengganggu fikiran dia...dan kita mengharapkan bahawa kita mampu membahagiakan diri dia...

second
"Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku"
~oleh kerana dia yang kita syg maka kita jaga dia dengan sepenuh hati kita,,sebab dia tanggungjawab dan amanah yang kita ada selain tanggungjawab dan amanah kepada Allah, Ibu bapa,kerjaya.....

third
"Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu"
~kita akan sentiasa bekorban untuk dia setiap masa dan ketika...kasih sayang yang diberikan takkan sikit pun terkurang sebab dalam hati kita hanya ada dia...hanya dia buah hati kita..selain Allah Yang Maha Esa, Ibu bapa dan seterusnya dia...nama dia juga ada dalam setiap denyutan nadi kita...nama dia juga ada tertera dalam doa yang kita baca selesai kita solat....

fourth
'Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku"
~insyaAllah,dengan kemampuan dan kudrat yang ada pada kita,dengan tulang empat kerat ni,kita berusaha untuk memenuhi setiap keperluan dan kehendak dia..kita memujuk bila dia menangis,kita memujuk bila dia merajuk..kadang-kadang sampai berhabis kredit,xpe yang penting dia dapat rasai kasih sayang yang kita berikan...walhal kita ni belajar lagi...duit nak makan pun kadang2 terpaksa jimat..makan nasik ngan kuah pun kira kenyang jugalah..yang penting kredit sentiasa ada untuk menemani ketika saat2 dia kesedihan atau ketika dia perlukan bimbingan dan nasihat daripada kita.....oleh kerana dia tanggungjawab kita,pasti kita akan memastikan dia sentiasa dilindungi daraipada segala aspek....dengan harapan dia tak akan rasai keperitan...sebab kita sayangkan dia.... 
*******************************
SEMOGA ANDA SEMUA MENGHARGAI KASIH SAYANG YANG DIBERIKAN OLEH INSAN YANG MENYANYAGI DIRI ANDA...
WALAUPUN MARAH SEKALIPUN CUBA KAWAL SETIAP PERKATAAN YANG ANDA GUNAKAN
INGAT HATI MANUSIA SANGAT2 LEMBUT
ANDA TAK BERHAK MENGHINA MANUSIA LAIN...
KERANA ANDA JUGA MANUSIA, HAMBA ALLAH S.W.T~~~~

sekian, coretan untuk kali ini~~~~

2 comments:

Mambang Terbang said...

mambang datang singgah2 sini dan follow die ... ehhee dtg follow mambang balik ye :) macehhh..

http://violencexx.blogspot.com/

spywriter said...

hehehe,,,,mekaseh ye mambang terbang~~~~ok2.... =))