Saturday, September 1, 2012

10 SEBAB MENGAPA PROFESSION PERGURUAN INI SANGAT BEST


***sorry kalau entry ini menyinggung perasaan mana-mana pihak....***



1- berjiwa kasih sayang

Haaa….kalau cikgu ni..tiap masa je akan di kelilingi oleh insan kanak-kanak yang comel, yang manja, yang sweet.. kanak-kanak lah katakan…apa je dorang buat semua nampak macam comel je…. Jadi bila diri dikelilingi oleh insan comel..maka secara tidak langsung diri akan dididik untuk mempunyai rasa kasih dan sayang kepada mereka… alahaiii…sweetnya jadik cikgu ni… cikgu perempuan tu memang nampak manis je bila diri penuh dengan kasih sayang…tengok cikgu lelaki pula, misai janggut semua ada….even garang pun…tetap nampak comel bila dikelilingi oleh kanak-kanak kecil ini..



2- berjiwa kental
Haaa…..cikgu ni…jiwa mesti kental… jangan katakan lipas, cicak, katak, lipan dan semua haiwan yang berbisa ni, semua cikgu yang kena amik dah buang mereka jauh-jauh… jiwa kena kental nak hadapi haiwan bahaya ni…kalau tak kental, takut pula haiwan berbisa ni menggigit anak-anak kecil nanti… lagi kental, bila cikgu-cikgu terpaksa manaiki bot, merentasi sungai, manaiki kapal terbang membelah awan…untuk menuju ke sekolah yang disayangi… berjiwa pendidik lah katakan…anak bini/laki terpaksa ditinggalkan demi memperluaskan ilmu dan seterusnya mendidik anak bangsa agar mereka dapat mengubah nasib diri mereka kelak kearah yang lebih baik.. lagi kental guru itu, bila beliau perlu bersabar menahan segala dugaan apabila melayan anak-anak didik yang sudah tentu merupakan ahli syurga…guru tersebut perlu sentiasa peka dengan keadaan emosi dan kesihatan anak didik mereka…



3- berjiwa keibu bapaan
Berjiwa muda??? Umur masih muda?? Belum berkahwin??? Namun telah punyai anak???? Tengok!!!!! Cikgu-cikgu ni terus jadik mummy n daddy segera…. Alangkah indahnya apabila Allah telah memberikan peluang kepada guru-guru muda untuk merasai betapa beruntungnya MENGHARGAI IBU BAPA SENDIRI…. For sure, insan yang bergelar guru ini merupakan insan yang amat menyayangi dan mengasihani ibu bapa mereka… apabila kita mendidik kanak-kanak dengan perasaan dan naluri ibu bapa….insyaAllah, segala keperitan dalam usaha mendidik itu akan dipermudahkan Allah s.w.t



4- berjiwa patriotik
Tiap kali bulan 8, mesti guru-guru akan merancang pelbagai aktiviti untuk memberikan kesedaran PATRIOTISME kepada anak-anak didik mereka.. segala macam aktiviti disediakan, dengan harapakan anak didik akan terus menghargai semangat perjuangan dan sentiasa mengekalkan keamanan  yang sedia ada…



5- berjiwa pembersih
“Cikgu nak JANGAN ada sampah atas lantai”
“ Cikgu nak tandas kamu sentiasa bersih”
“ Cikgu nak kamu pastikan kuku kamu pendek”
Cikgu nak itu nak ini…semua untuk pastikan anak kecil itu terdidik dengan sifat pembersih….biarlah anak-anak ini dapat mempraktikkan apa yang dipelajari apa yang diwarisi oleh guru ini ketika mereka di rumah… tolang mama papa kat rumah sapu sampah, mesti as a parents akan gembira melihat anak mereka pandai bersihkan rumah kan? Hmm….hebatnya seorang guru itu… ..
>.<



6- berjiwa masak-memasak
Ada cikgu yang suke masak memasak taw.. jangan terkejut kalau tiap-tiap ari ada pot luck dalam bilik guru…siap ada ajak anak urid sekali lagi semeja…..lagi best kalau ada cikgu lelaki yang gagah dan hensem boleh buat cheese cake?? Wowww kan? Hebat kan?? Ni cikgu RBT terutamanya… boleh memasak mengalahkan org perempuan…


7- berjiwa melukis
Seni melukis ini bukan semua ada taw… dan bukan semua boleh mengajar ilmu melukis pada orang lain.. orang kata kreativiti itu boleh dibentuk.. haaa..inilah tugas yang digalas oleh guru seni.. melatih dan membimbing anak kecil mencoretkan emosi ke dalam karya… bukan ke dlaam blog… opsss… anak kecil oke.. dan apabila anak kecik ini berjaya menterjemahkan segala emosi mereka dengan cara yang lebih keratif dan bewarna-warni..maka ini akan membentuk jiwa kreativiti yang sangat luar biasa…

8- berjiwa menyanyi
Tiap kali waktu pnp…kalau cikgu nak buat surprise bolehlah nyanyi sikit-sikit dalam kelas…. Wahh…kelas kau maria!!! Hahaha…bagi anak murid tak ngantok… yelah..anak kecil ni…kalau sekali sekala bagi surprise kat dorang…macam sweet je kan cikgu-cikgu ni…

9- berjiwa kedoktoran
Time eksperimen dalam makmal merupakan detik yang terindah bagi diri seorang kanak-kanak… melihat pokok taugeh…melihat warna-warna pelangi…semua ilmu baru… dalam erti kata lain, macam cikgu membuka ruang dan peluang kepada diri mereka untuk melihat kebesaran kuasa YANG MAHA ESA… syukur… mesti mereka akan merasa bangga kerana dilahirkan sebagai manusia yang mempunyai akal yang mampu mencuba pelbagai perkara dan menambahbaik pelbagai kekurangan =)

10- berjiwa kepimpinan
Guru itu adalah pemimpin dalam kalangan kanak-kanak…. Ini adalah kenyataan dan bukan hanya main-main… Seorang guru akan menghandle satu kelas yang mempunyai 35-40 orang…. Dan kadang kala akan menghandle 3-4 kelas dalam sehari… betapa hebatnya guru itu mempimpin anak-anak kecil… wahhh….

sebab-sebab yang lain ialah....

-guru itu mendidik seorang kanak-kanak untuk mengenal huruf, membunyikan suku kata, mencantumkan bunyi...membaca dan seterusnya dalam mengenal setiap huruf dan boleh berkomunikasi dengan hanya menggunakan huruf... contoh - menulis, menaip, 

-guru itu tidak mementingkan hadiah yang beribu juta...guru itu hanya mementingkan kejayaan anak didik mereka walaupun guru perlu melupakan suami/isteri, anak-anak atau keluarga mereka sendiri untuk seketika

-guru itu seorang yang mampu mambawa ilmu yang diberikan kepada anak didik mereka walaupun guru itu sudah tiada di muka bumi ini...

KERANA GURU-GURU CIK LYANA ADALAH YANG TERBAIK SEHINGGA MEMBERI INSPIRASI KEPADA CIK LYANA UNTUK MENJADI PENDIDIK YANG HEBAT SEPERTI MEREKA....

ohhsem!!!!!

ALHAMDULLILAH ^_^



2 comments:

Unknown said...

Nice one. .teruskan menulis . .ada ilmu yg disampaikan dgn baik. .

lyanamahat said...

@Afandi Rustam

insyaAllah///tq =)