Tuesday, September 13, 2011

istikarah


bila siapa-siapa
yang sebut nk buat 
SOLAT ISTIKARAH
sure-sure
semua akan terfikir
yang
" owhh, dia nk kahwin kot "

eh...
salah tu..
bila kita buat solat ISTIKARAH
ada je sebab-sebab yang lain
antaranya
 nk buat pilihan yang tepat dalam setiap urusan samada
*pekerjaan
*tempat belajar
*pemilihan rumah sewa
*nak beli kereta mana yang mampu
dan 
yang paling best
NAK MENCARI CALON 
SEBAGAI BAKAL SUAMI / ISTERI

sebab kita hanya MANUSIA
yang tidak tahu
apa yang akan terjadi
pada masa akan datang
serahkan semua
kepada
ALLAH s.w.t
kerana hanya
INILAH CARA YANG TERBAIK
untuk kita membuat keputusan

---------------------------------------

selesai melakukan solat istikarah

bacalah doa ni

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.




***IMPIAN YANG KITA IMPIKAN
adakalanya
mampu
KITA REALISASIKAN
DENGAN
BERUSAHA
BERDOA
BERTAWAKAL
^_^


No comments: