ALHAMDULLILAH...akhirnya setelah lafaz akad nikah yang abang alunkan, sayang sah menjadi milik abang dunia akhirat, <inilah yang sayang selalu IMPIKAN>> menjadi milik sah kepada seorang lelaki yang DICINTAI dimana secara zahir dan batin setiap perilaku dan apa yang kita buat telah menjadi HALAL disisi ALLAH s.w.t. muka abang serius sangat tadi, siap ada peluh2 lagi tu... lepas je TOK IMAM, dan WALI menyebut SAH SAH SAH...berlinang air mata sayang mengalir ni... abang taw x, sayang sentiasa mendoakan agar kita berdua dipermudahkan segala urusan sehingga perjuangan yang terakhir.. dan hari ini adalah langkah pertama untuk kita berdua memperjuangkan segala IMPIAN dan CITA-CITA kita~~~
Abang, sayang sangat hargai semangat dan impian abang untuk menunaikan MAJLIS PERNIKAHAN dan PERSANDINGAN yang selama ini sayang idamkan, segala kemahuan semua abang turuti. Ini yang membuatkan sayang bertambah sayang kat abang..
Alhamdullilah, didikan mama dan abah akan sayang jadikan segala panduan untuk kita melayari kehidupan kelak.. dan abang jangan pernah jemu dan mengeluh untuk membimbing sayang ke jalan yang diredhai oleh Nya.... abang ingat tak sayang pernah tanya macam-macam soalan kat abang?
-abang suka makan kat kedai mana?
-abang suka makan apa?
-abang kalau free selalu buat apa?
-abang itu abang ini....
semua sayang nak taw~~~
sebab apa?
sebab sayang nak
MEMAHAMI dan MENYELAMI
STYLE LIFE ABANG...
kat kedai MAK LONG tu, abang suka sangat makan asam pedas dia...sayang perlahan-lahan belajar masak asam pedas...mujur saya boleh menuntut ilmu masak-masak daripada mama. lagi2 masakan mama memang MARVELOUS. tengoklah abah sayang, hari2 nak mama masakkan untuk dia..kalau makan kat kedai pun bila balik je mesti nak mama masak cucur ke goreng pisang ke sebab kalau sehari tak makan masakan mama boleh demam abah tu~~~~... tak sabar plak sayang nk masakkan untuk abang,, hihih... agak2 pas ni kalau abang pencen leh kita bukak kedai makan plak ye.. ^_^ mama pesan AIR TANGAN MASAKAN ISTERI adalah cara yang terbaik untuk menambat hati suami..hihi~~~ so, segala ilmu masak-masak ni sayang harap dah ada dihujung jari sayang je, abang leh request nk makan pe, INSYAALLAH,,,sayang akan tunaikan... lagi best kita leh jimatkan perbelanjaan dapur kan?? dah lah kenduri kita hari tu guna banyak duit, so now kita leh menabung untuk future life kita pulak~~
abang, kalau boleh kita selalulah solat berjemaah ye.. tak dapat zohor ngan asar pun tak pelah..kita subuh, maghrib dan isya sama-sama...at least sayang akan dapat merasai jiwa kepimpinan abang tu... Abang, melalui sabda Rasulullah SAW, " Siapa solat berjemaah 40 hari berturut2 iaitu takbiratul ihram bersama imam, Allah menuliskan utknya 2 kebebasan. Bebas dari kemunafikan dan bebas dari Neraka." ini yang sayang cari selama ini.. sayang memerlukan imam dan abang adalah imam sayang di rumah... kalau kita tak sibuk boleh lah kita pergi masjid AL HUDA untuk menunaikan solat bersama jiran-jiran kita... moga-moga anak-anak yang akan dilahirkan kita boleh didik mereka melalui kepimpinan yang abang semaikan ni..biar mereka dapat mengenal solat itu daripada didikan kita terlebih dahulu...
EPL ke PIALA MALAYSIA ke PIALA THOMAS ke apa-apa je lah, sayang okeh punya...kalau abang nk tgk ngan kawan2 pun tak pe..sebab sayang leh siapkan art sayang ni tima abang tak de kat rumah... tak pun kalau nk tgk ngan sayang pun, sayang leh temankan... hihih ^_^ yang penting kelab sapa yang menang kena belanja duit minyak selama seminggu,,hihihihi <deal yang sgt sgt menguntungkan>>> macam tahun lepas, seminggu sayang leh jimatkan duit minyak kereta sebab kelab sayang menang..hihi...tgklah sebab barisan pemain yang turun hari tu memang kawan-kawan sayang masa kat sekolah dulu <hihih, perasan je sayang ni~~ =P >
weekend2 kita leh jogging sama2...hihi,,nak berenang sayang tak pandailah...tapi kalau nak belajar berenang jugak abang ajar kan sayang ye...urm...kan abang ada macam2 kursus n sijil tentang air air ni....sayang mana ada...so kalau pe2 abang leh jadik pelampung sayang..kikikiki......
sayang tak sempurna tapi sayang mampu belajar untuk menjadi yang tebaik buat abang...sebab abang sekarang dah menggantikan tempat abah...abang bertanggungjawab dekat sayang sepenuhnya dan kalau langkah sayang salah ini bermakna sayang dah tempah neraka untuk abang, tak sanggup sayang untuk tersilap langkah dalam melayari kehidupan bersama abang... semoga kita berdua mampu menjalani hari-hari yang mendatang dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan....
NI ENTRY TENTANG “BILA LELAKI SERIUS DALAM PERCINTAAN”
NOW KITA TGK PLAK BILA PEREMPUAN SERIUS DALAM PERCINTAAN YEA..
1. Perwatakan kamu yang selamber dikhalayak ramai tidak menjejaskan sedikit pun mood gadis kamu untuk berjalan bersama kamu
2. walaupun adakalanya kamu memakai pakaian yang tak bergosok pun si dia senang apabila bersama kamu
3. menghabiskan masa setiap pagi untuk mengejut kamu dengan mendail no telefon kamu atau menghantar mesej kepada kamu untuk mengejutkan kamu solat subuh memandangkan malam td ada perlawanan kelab bola kegemaran kamu
4. menghadiahkan hadiah pada HARI JADI KAMU dengan hati yang ikhlas di mana hadiah tersebut di beli secara online memandangkan payah sangat nak carik kalau berjalan satu Malaysia ni
5. tetap tenang bersama kamu walaupun KAMU MENINGGIKAN SUARA
6. tidak MENITISKAN AIR MATA dihadapan kamu walaupun KAMU MELUKAI hati si dia dengan SENGAJA atau TIDAK SENGAJA
7. memahami karier kamu sebagai SEORANG INSAN YANG PERLU MEMEGANG TANGGUNGJAWAB KEPADA KELUARGA KAMU TERLEBIH DAHULU
8. meletakkan diri selepas ALLAH, IBU BAPA, KELUARGA, KERJAYA
9. tidak mengungkit KISAH PERIBADI kamu
10. tidak meletakkan tahap pelajaran atau MEMBEZAKAN tahap pelajaran dengan KAMU
11. cukup sekadar kamu sedar TANGGUNGJAWAB kamu kepada KELUARGA kamu terlebih dahulu dan seterusnya BARULAH KEPADA SI DIA
12. Tidak mengada-ngada untuk meminta itu ini kepada kamu
13. tidak merengek walau ada ular di dalam rumah
14. mampu menjaga diri sendiri apabila kamu berjauhan dengan si dia
15. akan merasa RINDU tatkala kamu JAUH denganya
16. akan memberikan kata2 semangat bila kamu KECEWA atau BILA KELAB BOLA SEPAK KAMU TERKANDAS
17 . boleh SUPPORT KELAB BOLA KEGEMARAN kamu walaupun si dia memiliki KELAB BOLA KEGEMARAN SENDIRI
18. mempelajari aktiviti seharian kamu
19. GOOGLE segala bagai info untuk membantu kamu MENDUDUKI PEPERIKSAAN dimana bila bersembang korang tak sembang kosong walaupaun ada 24 JAM masa sebelum MENDUDUKI PEPERIKSAAN
20. membantu kamu dengan MENGEMASKINIKAN segala bagai FAIL untuk memastikan KAMU TIDAK DIPANGGIL oleh PENSYARAH sekiranya MQA SERANG
21. memasak masakan KEGEMARAN kamu walaupun PADA KETIKA ITU SI DIA SEDANG BERGELUMANG DENGAN ASSIGNMENT SEGALA BAGAI
22. menjaga air muka kamu walaupun ketika itu KAMU TIBA2 TERGELINCIR KETIKA BERJALAN DI ATAS LANTAI YANG BASAH
23. dengan rela hati menaip segala bagai KISAH COUPLE kamu ngan si dia di dalam BLOG
24. sabar menunggu KAMU MASUK MEMINANG
25. memujuk kamu dengan PELBAGAI SKILL memandangkan kamu ni KEPALA BATU
26. sedaya upaya membantu JIKA TERDAPAT SEGALA KESULITAN YANG DIHADAPI
27. tidak KISAH kamu nak BERKAWAN dengan SIAPA, JANJI KAMU TETAP MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB KAMU IAITU MENJAGA SI DIA
28. sabar dengan DUGAAN dalam MENANGANI PERANGAI KEBUDAK-BUDAKAN KAMU
29. sentiasa MESEJ atau CALL walau KAMU TAK REPLY ATAU ANGKAT
30. sentiasa mendokan KESEJAHTERAAN KAMU
31. BERSIKAP DEWASA DALAM MELAYARI KEHIDUPAN BERSAMA KAMU
32. menunjukkan PERASAAN ingin MENGENALI AHLI KELUARGA KAMU
33. sentiasa BERTANYAKAN KHABAR IBU dan BAPA kamu
34. sanggup turun SELATAN - UTARA untuk bersama kamu untuk menemani kamu menghadiri MAJLIS PERKAHWINAN sahabat kamu
35. menyediakan BAJU MELAYU kamu atas PERMINTAAN kamu untuk di pakai DI HARI RAYA YANG MULIA
36. membuat KUIH RAYA untuk kamu memandangkan KUIH RAYA yang kamu minati susah nak dapatkan dipasaran
37. KAMU adalah orang yang pertama di cari SEMASA DI PAGI RAYA
JIKA KAMU MENJUMPAI GADIS SEPERTI INI, MAKA INI MEMBUKTIKAN BAHAWA SI DIA AMAT SERIUS MENJALINKAN HUBUNGAN BERSAMA KAMU…
BERI RUANG UNTUK MENYELESAIKAN SAGALA BAGAI MASALAH DAN BUKAN DENGAN MEMBUAT KEPUTUSAN YANG AKHIRNYA MENGUNDANG KECELARUAN EMOSI….