Tuesday, October 7, 2014

hello :)

hello 2014...
lama x update blog
wuu...lama sgt sgt..
hihi

insyaAllah,,,new entry akan menyusul...
LATER ^_^

Wednesday, August 21, 2013

kepada Allah aku berserah


"setidaknya... berusahalah dalam setiap kesusahan yang ditempuhi
jangan
berputus asa...

kerana...
ALLAH ada dalam setiap usaha kita..."

love,
lyanamahat

Tuesday, August 20, 2013

Kehidupan Kini Lebih Terasa Akan Kesyukurannya....



...alhamdulillah...

Tuesday, February 19, 2013

lagu baru WARIS-Rembau Most Wanted(Music Video)(HQ)







den memang suko ngan lagu ni haaa....

"WARIS-Rembau Most Wanted(Music Video)(HQ)"

Tuesday, February 12, 2013

JADUAL PUASA YANG DIANJURKAN





sumber....mr mrs FB

Sunday, February 3, 2013

adobe






NEVER!!!





Friday, February 1, 2013

till END~






~lyana mahat~

Thursday, January 31, 2013

Human Brain Analysis - Man vs. Woman


So True!!
Human Brain Analysis - Man vs. Woman......A MUST READ!







1. MULTI-TASKING
Women - Multiple process
Womens brains designed to concentrate multiple task at a time.
Women can Watch a TV and Talk over phone and cook.
Men - Single Process
Mens brains designed to concentrate only one work at a time. Men can not watch TV and talk over the phone at the same time. they stop the TV while Talking. They can either watch TV or talk over the phone or cook.

2. LANGUAGE
Women can easily learn many languages. But can not find solutions to problems. Men can not easily learn languages, they can easily solve problems. That's why in average a 3 years old girl has three times higher vocabulary than a 3 yeard old boy.

3. ANALYTICAL SKILLS
Mens brains has a lot of space for handling the analytical process. They can analyze and find the solution for a process and design a map of a building easily. But If a complex map is viewed by women, they can not understand it. Women can not understand the details of a map easily, For them it is just a dump of lines on a paper.

4. CAR DRIVING.
While driving a car, mans analytical spaces are used in his brain. He can drive a car fastly. If he sees an object at long distance, immediately his brain classifies the object (bus or van or car) direction and speed of the object and he drives accordingly. Where woman take a long time to recognize the object direction/ speed. Mans single process mind stops the audio in the car (if any), then concentrates only on driving.

5. LYING
When men lie to women face to face, they get caught easily. Womans super natural brain observes facial expression 70%, body language 20% and words coming from the mouth 10%. Mens brain does not have this. Women easily lie to men face to face.
So guys, do not lie face to face.

6. PROBLEMS SOLVING
If a man have a lot of problems, his brain clearly classifies the problems and puts them in individual rooms in the brain and then finds the solution one by one. You can see many guys looking at the sky for a long time. If a woman has a lot of problems, her brain can not classify the problems. she wants some one to hear that. After telling everything to a person she goes happily to bed. She does not worry about the problems being solved or not.

7. WHAT THEY WANT
Men want status, success, solutions, big process, etc... But Women want relationship, friends, family, etc...

8. UNHAPPINESS
If women are unhappy with their relations, they can not concentrate on their work. If men are unhappy with their work, they can not concentrate on the relations.

9. SPEECH
Women use indirect language in speech. But Men use direct language.


10. HANDLING EMOTION
Women talk a lot without thinking. Men act a lot without thinking.
 


sumber _ miss google

``heart``






~lyana mahat~

Monday, January 21, 2013

optismistic






OPTISMISTIC

^_^

Saturday, January 19, 2013



16 jan 2012
16 jan 2013

setahun sudah ^_^
alhamdullilah....

Friday, January 18, 2013

Malaysian State & National Holidays 2014


**tapi sayangnya jadual ni tak berapa lengkap, sebab tarikh belum di update lagi...so kalau nk taw, tunggu pada bulan september ye...

xoxo ,
lyana mahat ^_^

Malaysian State & National Holidays 2014

cc : klik sini

Malaysian State & National Holidays 2013



Malaysian State & National Holidays 2013

cc -  klik sini

Saturday, December 22, 2012

the more u stalk the more u hurt

Assalamualaikum...hai readers.... ^_^
lama betul x update blog...rasa macam selama ni hanya menjadi pemerhati senyap dan cuba membuat beberapa kajian plus plus penyelidikan...
finally, bila menjadi "pemerhati senyap" atau lebih dikenali "silent watchers" rasanya banyak yang boleh kita improve kan kekurangan yang ada pada diri kita ni..

let's start with BISMILLAH...
setiap kita mempunyai pelbagai background yang membesarkan kita dan seterusnya background tu yang mencorakkan siapa kita pada hari ini....
PENGALAMAN + IMPIAN + HARAPAN kita merupakan menu UTAMA dalam kehidupan kita,
kemudian disulami beberapa perkara yang menjadi KENANGAN sepanjang hidup kita...

berbekalkan muka buku...kita dapat mengenali dan mendalami siapa seseorang itu sebelum kita mengenali dia...
lagi banyak kita cuba mengenali adakalanya makin banyak perkara yang menyakitkan...<ini kenyataan>





so, kalau kita sakit, siapa yang harus dipersalahkan? tentunya kita harus menyalahkan diri kita sendiri, sebab......kita yang volunteer nak jadik pakar sejarah..kononya untuk cuba mengenali...tapi makin banyak yang kita tahu, akhirnya makin rasa sangat sakit...

so, sebelum anda ingin menjadi STALKER....
beberapa tips yang perlu anda study >>>>

1- betulkan niat
untuk menjadi stalker yang kuat mental dan emosi, apa yang penting kita betulkan niat kita... look, kita niat nak kenal siapa dia...so, kita stalk dan jangan cuba membuat "HUKUMAN"

2-  pastikan masa + keadaan + emosi yang stabil
apa yang penting untuk menjadi stalker yang berjaya ialah dengan memastikan diri mempunyai masa yang terluang, keadaan yang selesa dan mood yang penuh tenang. hal ini adalah untuk memastikan sekiranya kita menemui sesuatu yang ganjil, kita dapat menyahkan perasaa kurang enak itu dengan cara yang bijak

3- mental harus kuat
jangan mudah menangis atau terluka dengan apa yang kita tahu...bila kita nampak je, cuba berlagak tenang dan jangan sesekali cuba untuk beri tahu dekat orang itu yang kita tahu tentang sejarahnya... "not weeping for what has happened" ... kita ialah siapa kita pada hari ini... kuat kuat kuat!!!!!

4- cuba bersyukur dengan apa yang telah kita ketahui...
says ALHAMDULLILAH....mungkin ada hikmahnya apabila kita dapat mengetahui serba sedikit tentang apa yang kita nak tahu...ALHAMDULLILAH...dan jangan lupa untuk menjadi seorang yang dapat mengIMPROVEkan diri ke arah yang lebih baik...


KEBURUKAN STALKER!!!!
dalam setiap perbuatan tu ada keburukan..antara keburukan menjadi stalker ialah..
1- jiwa kacau
2- mula rasakan kekurangan diri
3- menjadi moody
4- mula berubah sikap
5- lebih banyak bersendiri...

so, to uolsss.....kalau nak jadik stalker, u should prepare ur self with full willingness~

thats all...
xoxo ~


Saturday, September 1, 2012

10 SEBAB MENGAPA PROFESSION PERGURUAN INI SANGAT BEST


***sorry kalau entry ini menyinggung perasaan mana-mana pihak....***



1- berjiwa kasih sayang

Haaa….kalau cikgu ni..tiap masa je akan di kelilingi oleh insan kanak-kanak yang comel, yang manja, yang sweet.. kanak-kanak lah katakan…apa je dorang buat semua nampak macam comel je…. Jadi bila diri dikelilingi oleh insan comel..maka secara tidak langsung diri akan dididik untuk mempunyai rasa kasih dan sayang kepada mereka… alahaiii…sweetnya jadik cikgu ni… cikgu perempuan tu memang nampak manis je bila diri penuh dengan kasih sayang…tengok cikgu lelaki pula, misai janggut semua ada….even garang pun…tetap nampak comel bila dikelilingi oleh kanak-kanak kecil ini..



2- berjiwa kental
Haaa…..cikgu ni…jiwa mesti kental… jangan katakan lipas, cicak, katak, lipan dan semua haiwan yang berbisa ni, semua cikgu yang kena amik dah buang mereka jauh-jauh… jiwa kena kental nak hadapi haiwan bahaya ni…kalau tak kental, takut pula haiwan berbisa ni menggigit anak-anak kecil nanti… lagi kental, bila cikgu-cikgu terpaksa manaiki bot, merentasi sungai, manaiki kapal terbang membelah awan…untuk menuju ke sekolah yang disayangi… berjiwa pendidik lah katakan…anak bini/laki terpaksa ditinggalkan demi memperluaskan ilmu dan seterusnya mendidik anak bangsa agar mereka dapat mengubah nasib diri mereka kelak kearah yang lebih baik.. lagi kental guru itu, bila beliau perlu bersabar menahan segala dugaan apabila melayan anak-anak didik yang sudah tentu merupakan ahli syurga…guru tersebut perlu sentiasa peka dengan keadaan emosi dan kesihatan anak didik mereka…



3- berjiwa keibu bapaan
Berjiwa muda??? Umur masih muda?? Belum berkahwin??? Namun telah punyai anak???? Tengok!!!!! Cikgu-cikgu ni terus jadik mummy n daddy segera…. Alangkah indahnya apabila Allah telah memberikan peluang kepada guru-guru muda untuk merasai betapa beruntungnya MENGHARGAI IBU BAPA SENDIRI…. For sure, insan yang bergelar guru ini merupakan insan yang amat menyayangi dan mengasihani ibu bapa mereka… apabila kita mendidik kanak-kanak dengan perasaan dan naluri ibu bapa….insyaAllah, segala keperitan dalam usaha mendidik itu akan dipermudahkan Allah s.w.t



4- berjiwa patriotik
Tiap kali bulan 8, mesti guru-guru akan merancang pelbagai aktiviti untuk memberikan kesedaran PATRIOTISME kepada anak-anak didik mereka.. segala macam aktiviti disediakan, dengan harapakan anak didik akan terus menghargai semangat perjuangan dan sentiasa mengekalkan keamanan  yang sedia ada…



5- berjiwa pembersih
“Cikgu nak JANGAN ada sampah atas lantai”
“ Cikgu nak tandas kamu sentiasa bersih”
“ Cikgu nak kamu pastikan kuku kamu pendek”
Cikgu nak itu nak ini…semua untuk pastikan anak kecil itu terdidik dengan sifat pembersih….biarlah anak-anak ini dapat mempraktikkan apa yang dipelajari apa yang diwarisi oleh guru ini ketika mereka di rumah… tolang mama papa kat rumah sapu sampah, mesti as a parents akan gembira melihat anak mereka pandai bersihkan rumah kan? Hmm….hebatnya seorang guru itu… ..
>.<



6- berjiwa masak-memasak
Ada cikgu yang suke masak memasak taw.. jangan terkejut kalau tiap-tiap ari ada pot luck dalam bilik guru…siap ada ajak anak urid sekali lagi semeja…..lagi best kalau ada cikgu lelaki yang gagah dan hensem boleh buat cheese cake?? Wowww kan? Hebat kan?? Ni cikgu RBT terutamanya… boleh memasak mengalahkan org perempuan…


7- berjiwa melukis
Seni melukis ini bukan semua ada taw… dan bukan semua boleh mengajar ilmu melukis pada orang lain.. orang kata kreativiti itu boleh dibentuk.. haaa..inilah tugas yang digalas oleh guru seni.. melatih dan membimbing anak kecil mencoretkan emosi ke dalam karya… bukan ke dlaam blog… opsss… anak kecil oke.. dan apabila anak kecik ini berjaya menterjemahkan segala emosi mereka dengan cara yang lebih keratif dan bewarna-warni..maka ini akan membentuk jiwa kreativiti yang sangat luar biasa…

8- berjiwa menyanyi
Tiap kali waktu pnp…kalau cikgu nak buat surprise bolehlah nyanyi sikit-sikit dalam kelas…. Wahh…kelas kau maria!!! Hahaha…bagi anak murid tak ngantok… yelah..anak kecil ni…kalau sekali sekala bagi surprise kat dorang…macam sweet je kan cikgu-cikgu ni…

9- berjiwa kedoktoran
Time eksperimen dalam makmal merupakan detik yang terindah bagi diri seorang kanak-kanak… melihat pokok taugeh…melihat warna-warna pelangi…semua ilmu baru… dalam erti kata lain, macam cikgu membuka ruang dan peluang kepada diri mereka untuk melihat kebesaran kuasa YANG MAHA ESA… syukur… mesti mereka akan merasa bangga kerana dilahirkan sebagai manusia yang mempunyai akal yang mampu mencuba pelbagai perkara dan menambahbaik pelbagai kekurangan =)

10- berjiwa kepimpinan
Guru itu adalah pemimpin dalam kalangan kanak-kanak…. Ini adalah kenyataan dan bukan hanya main-main… Seorang guru akan menghandle satu kelas yang mempunyai 35-40 orang…. Dan kadang kala akan menghandle 3-4 kelas dalam sehari… betapa hebatnya guru itu mempimpin anak-anak kecil… wahhh….

sebab-sebab yang lain ialah....

-guru itu mendidik seorang kanak-kanak untuk mengenal huruf, membunyikan suku kata, mencantumkan bunyi...membaca dan seterusnya dalam mengenal setiap huruf dan boleh berkomunikasi dengan hanya menggunakan huruf... contoh - menulis, menaip, 

-guru itu tidak mementingkan hadiah yang beribu juta...guru itu hanya mementingkan kejayaan anak didik mereka walaupun guru perlu melupakan suami/isteri, anak-anak atau keluarga mereka sendiri untuk seketika

-guru itu seorang yang mampu mambawa ilmu yang diberikan kepada anak didik mereka walaupun guru itu sudah tiada di muka bumi ini...

KERANA GURU-GURU CIK LYANA ADALAH YANG TERBAIK SEHINGGA MEMBERI INSPIRASI KEPADA CIK LYANA UNTUK MENJADI PENDIDIK YANG HEBAT SEPERTI MEREKA....

ohhsem!!!!!

ALHAMDULLILAH ^_^



Tuesday, July 31, 2012

izinkan aku mendengar laungan azan....






Ribuan bilal akan melaungkan seawal kira-kira 5.30 pagi, Azan Subuh yang bermula di bahagian timur, Indonesia dan proses itu akan bergerak ke barat kepulauan Indonesia dengan perbezaan waktu timur dan barat kepulauan Jawa adalah 90 minit. Belum pun laungan Azan itu selesai di seluruh Indonesia, mengikut perkiraan, ia akan bergema di Malaysia, kemudian disambut di utara, di Myanmar, China dan seterusnya. Dalam tempoh satu jam bermulanya Azan Subuh di Jakarta, Azan akan bersahutan di Bangladesh dan bergema pula di India. 

        Belum berakhir di Pakistan, laungan Azan Subuh akan dilaungkan di Afghanistan dan Oman. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad, Iraq dianggarkan satu jam, maka dalam jangka masa ini juga Azan Subuh dikira akan dilaungkan di Emiriyah Arab Bersatu, di tanah suci Mekah dan Madinah dan negara-negara lain. Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik dalam jangka masa sembilan jam setengah, tetapi sebelum Azan Subuh bergema di situ, Azan Zohor sudah berkemundang di Indonesia semula. Begitulah seterusnya bilal-bilal di serata pelusuk dunia akan sahut menyahut melaungkan keagungan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w setiap detik, sepanjang waktu. 
    
       Dari segi sejarahnya, dikisahkan Azan mula diamalkan pada tahun pertama hijrah umat Islam dari Mekah ke Madinah pada abad ketujuh Masehi. Mengikut Hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar bin al-Khattab r.a. tiada orang yang menyeru atau melaungkan Azan ketika orang Islam berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang pada mula-mula umat Islam berhijrah ke Madinah. Ini menyebabkan pada suatu hari Rasullullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat dan membincangkan cara mengingatkan umat Islam waktu solat telah masuk dan mengajak mereka ke masjid melakukan solat berjemaah. Solat bagi umat Islam bukan sahaja sekadar menyembah Pencipta alam semesta tetapi juga merupakan ikrar mematuhi peraturan hidup yang ditetapkan olehNya di samping memohon petunjuk dan rahmat. Pada mesyuarat itu, ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera, ada yang mengesyorkan ditiupkan serunai atau terompet dan ada juga yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng, namun semua usul itu ditolak Nabi Muhammad s.a.w. Umar kemudian mencadangkan supaya diteriakkan ayat "telah datang waktu solat" dan ini diterima Nabi, tetapi Baginda menukar lafaznya kepada "assolatu jamiaah" yang bererti "Marilah solat berjemaah". Sehinggalah pada suatu malam Abdullah bin Zaid bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk menghebahkan solat dengan mengumandangkan Allahhu Akbar (dan seterusnya...) Semasa diberitahu kepada Rasullullah s.a.w pada paginya, (Umar juga menyatakan bermimpi yang serupa), Baginda bersabda: "Mimpi itu mimpi yang benar", maka Nabi memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan azan itu. 

     Untuk solat Jumaat, Azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama menandakan masuk waktu Zohor untuk memanggil orang Islam ke masjid dan kali kedua sejurus sebelum Imam memulakan Khutbah Jumaat. Begitu juga Azan Subuh diamalkan semasa zaman Rasullullah s.a.w. dikumandangkan dua kali seperti yang dilakukan di Masjidil Haram -- pertama selepas berlalunya separuh malam untuk memberitahu muslimin bahawa waktu Subuh sudah hampir dan waktu itulah mereka digalakkan bersembahyang sunat tahajjud dan sebagainya atau bersahur untuk berpuasa. Azan kedua diperdengar ketika masuk waktu Subuh dengan tambahan lafaz "as-salatu khayrun min an-naum (solat itu lebih baik daripada tidur). Selain untuk tujuan sembahyang, Azan sunat diamalkan untuk dibisikkan ke telinga bayi lelaki baru lahir atau suatu ketika dulu sebagai isyarat untuk memaklumkan kepada umat Islam waktu mudarat atau bahaya seperti bencana alam, kebakaran dan perang.


::::: secara konklusinya...melalui laungan azan..akan dapat melumpuhkan kemunculan dajjal ke muka bumi ini ::::...

Saturday, April 7, 2012

segala yang tertulis ku terima adanya....... ~



YA ALLAH,
hamba-MU ini hanyalah insan yang biasa...
insan yang bisa alpa dengan kemewahan duniawi...
jadikkanlah diri hamba-MU ini
seorang hamba yang sentiasa
BERSYUKUR atas segala kurniaan dan nikmat daripada-MU...
jadikkanlah diri hamba-MU ini
seorang hamba yang sentiasa
MENGINGATI-MU dikala setiap waktu dan keadaan...
jadikkanlah diri hamba-MU ini
seorang hamba yang KUAT dan TABAH
dalam setiap DUGAAN 
setiap CACIAN
setiap TOMAHAN...
jadikkanlah hamba-MU
ini...
seorang hamba yang yakin pada SETIAP YANG DITENTUKAN...
....
.

.
.
.
hanya pada-MU ku bermohon...... 
:')




Sunday, March 18, 2012

KERANA SETIAP MANUSIA MEMILIKI SEKEPING HATI


ASSALAMUALAIKUM READERS…

Lama x jumpa…dan lama jugak blog ni tidak diUPDATE oleh cik lyana… apakan daya…profesion yang digalas memerlukan komitmen yang tinggi…

Back to topic..
Setiap manusia, lumrah…memiliki sekeping hati….
Atau sebuah hati…atau sebentuk hati atau segenggam hati…
Tidak kira lelaki atau perempuan…muda atau tua..kanak-kanak atau orang dewasa..
Semua memiliki hati kan…?
Dan bila sentuh tentang hati..kita mesti kaitkan dengan beberapa pepatah..

Sakit hati
Keras hati
Hati batu
Hati-hati
Hati lembu
Hati kering
Kecil hati
Pedih hati

Haaa…semua tu berkaitan ngan HATI lah kan..
So..apa masalah ngan HATI ni?
Now, cik lyana bukan nk gebang kosong atau nk amik masa korang baca entry ni…
Cik lyana cuma nk bukak mata korang n buka pemikiran korang pada tahap yg xtreme…
Bila berbicara mengenai HATI..kita sering kali melihat persamaan HATI dengan WANITA…
Kenapa WANITA? Kenapa tidak LELAKI?
Hal ini disebabkan kerana LELAKI ni punya HATI YANG AGAK TOUGH BERBANDING WANITA yang mempunyai hati selembut atau sehalus kapas…
Bila HATI seorang WANITA ni terluka…AGAK-AGAK…senang x nk UBAT HATI tu?
Bukan senang….WANITA memerlukan MASA untuk KEMBALI NORMAL..kembali pada keadaan NATURE ...

Terdapat beberapa perkara yang boleh membuatkan HATI WANITA BEGITU TERUSIK…
ANTARANYA …

1- bila seorang LELAKI cuba menyembunyikan sesuatu tanpa pengetahuan …
Contoh situasi bila lelaki tu cakap nak pergi main FUTSAL…tapi g date ngan kawan perempuan lain…
2- bila seorang LELAKI berlagak KAYA RAYA di hadapan kawan-kawanya…sedangkan PADA HAKIKAT SEBENAR bila makan AWEK dia yang keluarkan duit
3- bila seorang LELAKI bergurau kasar dengan MENGATAKAN BAHAWA RAKAN SEKERJA dia lebih CANTIK daripada kekasih hatinya
4- bila seorang LELAKI mengatakan bahawa DIA SUDAH ADA KEKASIH HATI LAIN…

Ada beberapa perkara lagi yang boleh membuatkan hati WANITA begitu terusik….Cuma cik lyana malas nk nyatakan disini….

SO…ada beberapa TIPS yang boleh diaplikasikan oleh para LELAKI diluar untuk memastikan HATI WANITA YANG DISAYANGI kembali kuat dan sempurna…
1- rileks dulu….
***disebabkan si LELAKI dah TERKANTOI…better korang amik masa sikit untuk jelaskan segalanya…sebab…adakalanya….TAK SEMUA MASALAH BOLEH SELESAI DENGAN PENJELASAN..sebab kalau tak kena cara dan gaya….korang akan membuka PEKUNG sendiri…so lebih baik amik masa sedikit untuk menjelaskan keadaan sebanar..
2-jangan MALU nak mengucapkan MAAF…
***tak nampak DAYUS pun kalau seorang LELAKI mengucapkan MAAF atas kesalahan yang dilakukan… MAAF pun bertempat beb…xkan kuar ngan FAMILY sendiri pun aweks korang nk berkirakan? Ni kes kes yang berat lah ye…
3-HADIAH…
***yeahhh…kalau dapat hadiah.maybe marah tu x marah sangat kan? Mungkin pemberian HADIAH merupakan satu terapi untuk meredakan keadaan hati yang bergelora….
4-MESEJ
****just taip mesej yang RINGKAS dan MEMPUNYAI MAKSUD yang mendalam.. contoh… “SAYA HARAP, SAYA MASIH ADA RUANG UNTUK MEMPERBAIKI KESALAHAN SAYA…”
5-PANDAI-PANDAI LAH korang pk sendiri…dah buat salah, kena pandai carik jalan penyelesaian…

HAAA…. If kalau korang nk putuskan apa yang ada…putuslah dengan cara yang baik…jangan putus dengan DENDAM dan AMARAH…sebab ni akan membahayakan diri korang sendiri… TAK BEST LAH HIDUP kalau ada perasaan marah marah ni kan…so, kalau korang rasa korang kena STOP takat tu relation korang…better slow talk…gtaw napa korang nk STOP…jangan nak wat benda benda yang boleh  buat hati orang lain terluka atau parah…
Senang kan? =.=’’ >>>senang pada yang MAMPU…dan payah pada yang banyak ALASAN.. 




Thursday, March 1, 2012

KADAR TOL TURUN SEPARUH &&&& MAWI DAPAT BUAH HATI BARU???????


https://www.facebook.com/metroonline







segalanya ada disini...

^_^ tahniah kepada mawi n ekin
^_^ kepada pengguna jalan raya
cheras - kajang
anda boleh tarik nafas LEGA sikit je pagi ini...



SELAMAT PAGI SEMUA...
^_^