Saturday, January 28, 2012

PERNIKAHAN BUKAN SEMUDAH ONE TWO THREE







Assalamualaikum readers ^_^

Ni entry yang agak memberikan satu impak yang luar biasa kepada diri ini..
Hal ini adalah kerana..
Adakalanya kita sebagai manusia harus melihat sesuatu dengan cara yang berbeza..
Maksud cik lyana disini…kita harus lebih kepada pemikiran yang kritis dan keratif… < eh…dah macam dlm kelas plak ni…>>> hehehe… ok…sila teruskan pembacaan anda…
Pada umur skrg… <maksud cik lyana..pada umur yang cik lyana skrg ni….>
Mesti ada terlintas untuk mendirikan rumah tangga….
“Terlintas dan terniat…”
Dan apa yang terlintas ini adalah sesuatu yang NORMAL bagi setiap manusia kan?
Jadi…dalam apa yang terlintas…
Cik lyana telah membuat beberapa kajian dan pembacaan… <dah macam nak buat tesis je ni… ^_^)
Sebelum itu…

Cik lyana ingin menyatakan beberapa soalan.. yang boleh kita fikirkan bersama…
1- Adakah aku layak untuk melangkah ke alam perkahwinan?
2- Adakah ilmu yang di dada ini cukup untuk aku mentadbir sebuah keluarga?
3- Bagaimakah aku perlu uruskan beberapa aspek meliputi pengurusan rumah tangga dan kewangan?
4- Mampukah aku menjadi ibu / bapa yang berkuasa dalam menguruskan kerenah anak3 yang sekarang ini dilambakkan dengan segala macam kemudahan cyber?

Sebenarnya banyak lagi persoalan yang bermain di minda …

1) Perkahwinan ini melibatkan dua buah keluarga…

Siapa anda pada hari ini…adalah daripada didikan keluarga anda… dan siapa si dia pada hari ni adalah daripada hasil didikan keluarga si dia… jangan difikirkan soal hati sahaja… kita perlu utamakan pilihan keluarga… mesti diingatkan bahawa restu Ibu Bapa amat penting dalam sesebuah perkahwinan… pertama sekali, kita seharusnya bersedia untuk mengenali dan menerima dengan terbuka apa yang ingin diperkatakan oleh pihak bakal keluarga… jika NO… maka NO yang perlu kita terima… jangan nak emosi emosi plak… dah bakal family tu cakap NO… maknanya mereka REJECT kita lah… jangan lah nk diteruskan lagi, sebab ini akan memakan diri kita… kita mungkin akan terseksa emosi dan mental jika kita meneruskan juga perkahwinan itu…  kalau bakal keluarga cakap YES… maka inilah ruang dan peluang yang seharusnya digunakan dengan sebaik-baik mungkin oleh kita… hal ini kerana RESTU yang ada pada mereka telah diberikan kepada kita… apa lagi… rancang terus ke langkah yang seterusnya… ^_^

2) Perkahwinan ini melibatkan soal agama

ISLAM… merupakan agama fitrah.. agama yang diredhai oleh ALLAH s.w.t… sekrang ini banyak anak3 hanya agama pada keturunan… maksud saya disini ialah, kebanyakkan anak3 hanya ISLAM pada kad pengenalan dan surat beranak… hal ini kerana ibu bapa terlalu melepaskan tangan dalam mendidik anak3… soal solat, solat puasa, soal zakat… jadi, sebelum berumah tangga, haruslah dipastikan ilmu agama cukup di dada… hal ini jugak adalah kerana, seseorang akan dipilih dengan tanpa ragu3 jika punyai ilmu agama yang cukup tinggi… jadi, harus diingatkan bahawa bukan nk kahwin je baru terhegeh3 nk carik ilmu agama… skrg, yang masih bujang3 seharusnya berlumba3 mencari dan mendalami ilmu agama… sebagai bekalan untuk akhirat….. =)

3) Perkahwinan ini melibatkan soal tanggungjawab

TANGGUNGJAWAB… atau dalam bahasa inggerisnya ialah RESPONSIBILITY …  besar tanggungjawab yang dipikul ni kalau dah mendirikan rumah tangga… seharusnya perlu berubah kepada arah yang lebih baik… dah kahwin kan? So, xkanlah perangai macam budak3??? Adakah mereka kahwin kerana nafsu atau kerana akhirat???? Haaa… soalan ni perlu difikir sebelum anda dan saya mendirikan rumah tangga… perangai orang dah kahwin ni akan nampak sangat berlainan…. Dari segi berpakaian….tingkah laku….cara percakapan…dan paling penting post3 di fb…semua akan berubah dengan matangnya…. ^_^

Kalau nk bincang..banyak lagi benda yang perlu difikirkan sebelum melangkah ke alam perkahwinan..
So, kepada bakal3 pengantin…cik lyana mengucapkan tahniah dan semoga segala urusan anda dipermudahkan… kepada si single…mari pakat3 kita penuhkan ilmu agama, ilmu dunia, ilmu masakan, ilmu pengurusan, ilmu kewangan di dalam dada…. X rugi kalau ilmu penuh di dada… =)






kehidupan ini satu perjalanan

antara hidup atau mati
semua keputusan yang kita buat
baik buruk kesannya kita kena tanggung...
samada suka atau tidak,
atas bahu ni tergalas segala macam tanggungjawab

kerana TANGGUNGJAWAB itu adalah 
satu
AMANAH 
yang harus dilaksanakan

teruskan dalam perjuangan....




"kadang2 kita akan dipertemukan dengan orang yang SALAH"

"kadang2 kita akan dipertemukan dengan orang yang SALAH"

aku rasa semua pernah dengar ungkapan ni kan?
lagi2 orang yang sedang berchenta then last2 putus...

SAKIT DAN KECEWA KAN bila putus chenta....
rasa masam LOSER je...
sebab...
1) dah wat yang terbaekkk
2) dah jaga si dia dgn penuh tanggaungjawab
3) sedaya upaya memberikan segala kudrat dan penuh keringat

namun..
bila semua terputus dipertengahan jalan..
usah ditangisi segala yang tertulis...
senyumlah pada takdir...
kerana sudah ternyata lagi terang bersuluh SI DIA  tidak menghargai dan tidak memerlukan dirimu lagi...

apa gunanya bersama dengan orang yang tidak menghargai kita?
apa gunanya bersama dengan orang yang tidak menyintai kita...??

CUBA PERBAIKI DIRI DAN TERUSKAN PERJUANGAN ...
MASIH ADA SINAR DAN HARAPAN UNTUK ANDA DI LUAR SANA...








hanya pada MU ku meminta...

“Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau mengetahui rahsiaku dan zahirku,maka terimalah keuzuranku dan Engkau mengetahui hajatku maka kurniakanlah permihinanku dan Engkau mengetahui apa yang ada di dalam diriku, maka ampunkanlah aku. Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada Engkau iman yang meresap dalam hatiku, keyakinan yang benar sehingga aku tahu bahawa tidak terkena kepadaku tidaklah kerana kesilapanku dan apa yang tersilap bagiku tiadalah boleh mengenaku.. “

Semoga setiap yang dikerjakan dan di lakukan dipermudahkan olehNya… =) 


lama blog bersarang =.=''

skrg 28 JANUARI...
MAKNAYA DAH 28 HARI..
kita semua melangkah ke tahun baru...

maka
dengan secara tidak langsung
blog ni agak sunyi dan sepi...

pe kata....
malam ni...
nk buat sebanyak mungkin entry 
yang boleh dikongsi bersama segala input dan ilmu...

^_____________^

::::::angananganbiarjadikenyataan::::::::::